Bayangkan, sekeping papan yang dipenuhi dengan paku-paku. Kemudian, satu persatu paku-paku tersebut dicabut dari papan tersebut. Mungkinkah, papan tersebut akan menjadi papan yang asal, yang cantik dan bersih tanpa lubang?, tak mungkin. Begitu juga ibaratnya sekeping hati. Hati yang telah dipenuhi paku, apabi...la dicabut, tak mungkin sama dengan hati yang dahulu. Luka dan parut pasti mengambil tempatnya. Paku tersebut telahpun hilang. Namun, adakah luka kerana paku itu akan sembuh. Ia bergantung kepada pemilik hati itu sendiri untuk merawatnya.
Time is everything . Mungkin ubat luka itu adalah masa. Tapi, mungkin juga parut yang ditinggalkan oleh paku itu adalah untuk selama-lamanya. Justeru itu, kita selalu mendengar kata-kata "untuk memaafkan mungkin boleh, tetapi, untuk melupakan tidak sekali-kali". Mungkin, paku yang dibenamkan ke dalam hati itu terlalu dalam dan sukar untuk sembuh. Mau apakah dilakukan pada hati itu?.. 'Maaf' atau 'maafkan saya' atau 'saya menyesal dan minta maaf' atau 'saya benar-benar minta maaf', bagi sesetengah orang, mungkin adalah perkataan yang simple dan tak bermakna apa-apa, kerana perkataan itu tidak boleh mengubah kesilapan yang berlaku.
Tetapi sebenarnya, perkataan itu mengandungi seribu satu makna bagi sebahagian manusia. Perkataan itu adalah perkataan ajaib yang boleh meredakan kemarahan, melembutkan hati yang keras, dan mencairkan dendam yang membeku. Walaupun kadangkala, perkataan maaf itu tidak dapat memulangkan apa yang hilang, tidak dapat memulihkan keadaan ataupun tidak dapat mengubat luka yang dialami, serta tidak dapat menggantikan tempat undang-undang dan polis, paling tidak, kata-kata maaf itu adalah tanda dan bukti penyesalan kita sebagai manusia yang alpa dan penuh khilaf.
Dosa pada Tuhan, mungkin boleh terampun, tetapi, dosa dengan manusia mungkinkah akan terampun?. Ucapkanlah kata maaf tanpa rasa malu. Maaf yang hadir tulus dari hati nurani. Semoga insan yang mendengarnya juga menjadi lembut hati. Semoga lubang-lubang akibat paku itu akan menguncup, dan parut-parut, akan semakin memulih. Walaupun nantinya, masih ada parut yang bersisa, mungkin parut itu tidak sama lagi seperti sebelum kata maaf diucapkan. Di sinilah letaknya kuasa maaf, memohon maaf dan memaafkan, semuanya terpulang pada pemilik hati.
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment